Seorang lelaki berusia 28 tahun dari Chonburi, Thailand ditemui mati di rumahnya pada jam 7 malam 2 Disember 2019.
Lapor The Pattaya News, mangsa, Kittisak Moonkitti, ditemui mati dalam keadaan terbaring di atas tilam di biliknya. Salah satu tanggannya sedang memegang telefon bimbit yang sedang dicas melalui soket elektrik.
Di tangan mangsa juga terdapat kesan terbakar dan dipercayai mangsa maut akibat terkena renjatan elektrik dari telefon bimbitnya.
Mangsa ditemui oleh ibunya, Rinnaphon Moonkitti, 57, ketika dia masuk ke bilik itu untuk mengajak anaknya keluar makan malam.
Rinnaphon pada awalnya menyangka Kittisak tidur, tetapi apabila dia cuba membangunkannya, mangsa sudah tidak bernyawa.
Pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian berkata, Kittisak meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik. Kejadian itu merupakan kes kedua yang berlaku di Thailand.
Mayat Kittisak dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.