Loading...
TR

'Dia mengaku rakam di bilik mandi' - Janda ditahan, video dirinya tanpa seurat benang viral di media sosial


Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun ekoran video yang menunjukkan dirinya tanpa seurat benang tersebar meluas di media sosial.

Wanita berstatus janda itu ditahan pada jam 2 petang Sabtu lalu oleh anggota Polis Sumenep, Madura, Indonesia. 

Ketua Polis Daerah Sumenep, Widiarti Sutioningtyas berkata, video itu dirakam sendiri oleh wanita yang dikenali sebagai 'ZA' itu dan menjadi viral di media sosial sejak Jumaat, 6 Disember 2019. 

Difahamkan, video itu dirakam ZA ketika berada di dalam bilik mandi pada Oktober 2019. 

"Anggota kami sudah menahan suspek dan dia mengaku merakam video itu di bilik mandi," katanya. 

Polis juga merampas kain batik sarung berwarna biru dan satu unit telefon bimbit yang digunakan oleh suspek pada hari kejadian. 

"Suspek mahu melihat bentuk tubuhnya sendiri dengan cara membuat rakaman video itu, tetapi tersebar di media sosial. 

"Suspek juga mengaku dia baru pertama kali merakam video dirinya tanpa berpakaian. Dia juga mengaku telah menghantar video itu kepada seseorang dan kemudian menyebarkan video itu. 

"Video tersebut masih berada di dalam telefon bimbitnya jenama Xiaomi," katanya. 

Polis kini sedang giat mengesan individu yang menyebarkan video tersebut, manakala itu suspek akan didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah pornografi. 

Sementara itu, pakar psikologi, Nyimas Rabbiany berpendapat alasan yang diberikan suspek kononnya mahu melihat bentuk badannya adalah tidak masuk akal. 

Nyimas percaya, suspek berbuat demikian kerana mahukah perhatian dari spesis sejenisnya iaitu lelaki. 

Sumber: Tribun News

About Cite Malaya

Powered by Blogger.