Loading...
TR

Cermin gelap tak ikut spec JPJ, pemilik & pemandu (bukan pemilik) boleh dikenakan saman


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin menegaskan, saman akan dikenakan terhadap pemilik kenderaan cermin gelap yang tidak mematuhi speksifikasi yang telah ditetapkan. Biarpun ketika kereta itu dipandu individu lain ditahan penguat kuasa, saman tetap akan dikeluarkan. 

"Untuk kesalahan cermin gelap, kita akan keluarkan saman mengikut kesalahan cermin gelap yang dilakukan. 

"Contohnya pemandu melakukan tiga kesalahan cermin gelap iaitu cermin sebelah pemandu, cermin sebelah penumpang hadapan dan cermin hadapan. Jadi, tiga saman akan dikeluarkan terhadap pemandu. 

"Sekiranya pemandu ketika itu bukan pemilik kenderaan, saman akan dikeluarkan juga kepada pemilik menjadikan enam saman iaitu tiga saman kepada pemandu dan tiga saman kepada pemilik," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Khamis, 12 Disember 2019. 

Pada Mei 2019, JPJ mengeluarkan peraturan baharu dan garis panduan untuk spesifikasi cermin gelap kenderaan motor. 


About Cite Malaya

Powered by Blogger.