Loading...
TR

'Belum sempat aku tanya, dia terus jawab WAYANG!' - Tuduh Syed Saddiq menipu, 2 doktor tampil sekolahkan netizen lempar fitnah


Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq memuat naik gambar dirinya yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan apendisitis dan diziarahi oleh isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah. 

Malangnya, ada netizen yang mendakwa Syed Saddiq sengaja memuat naik gambar itu sebagai drama/wayang bagi meraih simpati rakyat. 

Menurut individu bernama Noorhaizaa Abdullah berkata, Syed Saddiq sepatutnya menjadi pelakon, bukannya menteri. 


Mengulas panjang mengenai gambar itu, lelaki bernama Solehin pula mendakwa Syed Saddiq menipu kerana berdasarkan penjelasan rakannya yang merupakan doktor perubatan, gambar itu sekadar wayang. 




Bagaimanapun, tampil dua doktor perubatan tulen mempertahankan menteri itu dari tohmahan dan fitnah netizen yang tidak bertanggungjawab.

"Boleh tak share siapa kawan tu? Macam mana dia boleh komen specifically for this case? Dia tahu ke vital signs terkini kes ini? Dia ke yang operate? So dia tahu size luka itu berapa, incision apa dia gun, what type of instrument used? 


"Kalau tak tahu, tanya! Ni terus buat fitnah melalui tweet. Since this involves medical, I have to say something. That's a continuos BP monitor. Memanglah kena biar cuff BP kat situ. Apa pasal luka tak boleh tutup? Huh." - Nimelesh (@HausofHilton). 

Dr Amalina turut memberi respon mengenai dakwaan tidak berasas itu. 

"I'm sorry but I need to say something because general surgery is my specialty. There's nothing wrong with this picture. Appendicitis wound needs to be covered to prevent wound infection. BP cuff is there to monitor BP normally every 4 hours if the patient is stable. 

"There's nothing wrong with the call button, it's for the patient to call a nurse when they need help. Having said that appendicitis is a very common condition," jelasnya. 




Meskipun begitu, Solehin enggan berdiam diri dan membalas semula kenyataan dua doktor berkenaan. 

"Komen yang saya dapat daripada my learned friend yang juga doktor bertauliah. Ya, betul ia berdasarkan penglihatan gambar sahaja dan pengetahuan peribadi beliau. Same to all of us. 




"Dalam thread saya juga maklumkan bahawa ada 'reservation' daripada pandangan my learned friend yang mungkin tidak tepat (guna ayat: susah nak percaya) sehingga beliau melihat 'wound appendictomy' tersebut. Saya berpendapat pandangan rakan bijaksana saya ada tidak mislead dan benar. 

"Cuma mungkin doktor sekalian tidak mengambil kira faktor manusia dan 'kewayangan' menteri yang memang ada 'previous behaviour' atau sifat exaggarate' yang melampau dalam kes tisu bahu koyak, muka bertampal ala Abang Jamil, jalan tempang ke majlis etc. 

"Nevermind, saya pun tak mahu drag doktor-doktor bijaksana dalam hal ini. Terima kasih doktor-doktor sekalian atas perkongsian kepada rakyat Malaysia," katanya. 

REAKSI NETIZEN

About Cite Malaya

Powered by Blogger.