Loading...
TR

'Ayah cuba rogol anak, kerap send bahan-bahan lucah' - Mangsa dipukul bila block nombor ayahnya


Seorang remaja tidak menyangka lelaki yang sepatutnya melindungi dia tergamak menghantar bahan-bahan lucah ke telefon bimbitnya bagi tujuan yang tidak baik. Perkara itu juga diketahui oleh ibunya, tetapi wanita itu tidak berani membuat laporan polis kerana bimbang dipukul oleh suaminya. 

Mangsa pernah cuba menyekat nombor bapanya dari terus menghantar bahan-bahan lucah itu, tetapi setelah diketahui suspek, mangsa dimarahi dan dipukul. 

Kini, dia terpaksa meminta bantuan aktivis sosial untuk melarikan diri dari menjadi mangsa rogol bapa kandungnya itu. 

KES saya hari ni agak rumit dan saya benar-benar berharap plan saya berjaya. Saya dah bincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

DETAILS KES:
  • 13 years old
  • Tak bersekolah
  • Ayah penganggur
  • Ibu cleaner

KES
  • Cubaan rogol oleh si ayah. Ayah selalu send bahan-bahan lucah pada mangsa
  • Bila mangsa block nombor ayah, mangsa akan dimarah dan dipukul

Ibu tak nak buat laporan sebab takut kena dera dengan ayah. Jadi, ibu bersetuju untuk menghantar anaknya ke mana-mana pusat yang selamat. Mangsa juga bersetuju untuk dihantar ke pusat perlindungan. 

Sekarang kakak mangsa dan suaminya tinggal sementara di rumah bersama dengan mangsa bagi mengelakkan si ayah dari cuba melakukan sesuatu yang tidak baik kepada mangsa. Jadi, hari ini merupakan saat getir untuk melarikan mangsa ke tempat yang selamat. Saya jumpa a foster place (tempat jagaan sementara untuk anak itu). 

Ibunya pesan, "Mohon hantar anak saya ke sekolah."

Sewaktu saya mohon kad pengenalan anaknya untuk saya belikan tiket kapal terbang dan lihat gambarnya, memang saya rasa sedih sangat. Yelah, yang salah si ayah tetapi dia yang kena keluar. 

Jadi, besok saya sepatutnya terbang ke negeri tersebut dan bawa dia ke Kuala Lumpur. Tetapi kebetulan cuti, ramai pula yang tengah nak travel. Saya minta rakan saya bawa dia ke rumah perlindungan dulu malam ini. Saya tengah doakan dia selamat sampai. 

Ini merupakan satu lagi tanggungjawab besar saya untuk bantu membimbing balik anak ini. Yes, kaunseling dan juga environment yang sihat sebelum semua orang nak serang dia nak buat report. 

Please bagi dia ruang selmaat dulu. Tak guna nak paksa buat report sebab di depan polis dia boleh deny everything, lagi hancur. Kalau dia faham kenapa kena report, baru boleh bantu polis. Ingat kanak-kanak ini daya tahan dia sanggup berkorban untuk keluarga. 

Ingat saya tak marah ke? Of course marah pada semua orang dewasa di sekeliling dia. Tapi marah pun, lepas tu tak dapat kerjasama, bukankah lagi susah? Please be more empathic. Entah berapa lama dia kena lari. 

Dengan tengah pening nak kena cari rumah landed property berdekatan dengan HKL sebab tuan rumah sekarang nak ambil balik dan jual Rumah Bonda dan kena settlekan tempat selamat, agak stress jugalah. 

Saya pohon doakan perjalanan dan cabaran kami melindungi remaja hamil dan teraniaya dapat kami atas. 

Facebook: https://ift.tt/2sIcUL1

Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur: CIMB 800-99-666-86

Terima kasih, tak ada apa yang saya boleh buat, cuma mengharapkan keajaiban berlaku. 

Salam

Small Lamb
Penasihat Rumah Bonda

About Cite Malaya

Powered by Blogger.