Loading...
TR

'Asalkan dinyanyikan dengan penuh semangat patriotik & kebanggaan' - Raja Permaisuri Agong


Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini melalui akaun Twitternya memuat naik pandangan peribadinya berhubung isu murid sekolah menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa mandarin yang mendapat pelbagai reaksi masyarakat. 

Bagi baginda, menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa lain bukanlah satu kesalahan, apa yang penting adalah semangat patriotisme dalam diri itu. 

"Bagi saya, lagu kebangsaan kita 'Negaraku' dengan rasminya dinyanyikan dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita tetapi tidak salah kalau dinyanyikan dalam bahasa dialek Cina, Arab, Hindi, Tamil, Inggeris dan sebagainya. 

"Asalkan dinyanyikan dengan penuh semangat patriotik dan kebanggaan," tweet baginda. 


Walaubagaimanapun, ada netizen yang tidak bersetuju dengan pandangan itu dan menekankan bahawa sebagai rakyat Malaysia, tiada alasan untuk menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa kebangsaan kerana bahasa itu sudah diajar/dididik sejak dari kecil lagi. 

"Ampun tuanku, pada pandangan saya sebagai rakyat Malaysia, adalah sangat memalukan jika sebagai rakyat, kita gagal menyanyikan, memahami lagu kebangsaan Malaysia dalam bahasa Kebangsaan. 

"Bahasa jiwa bangsa. Bangga dengan bahasa kebangsaan kita sendiri," kata netizen. 

Enggan rakyat salah faham dengan maksudnya, baginda memberi penjelasan berikut:

"Walaupun saya kata boleh nyanyikan Negaraku dalam bahasa lain, itu hanya untuk mereka fahami makna yang tersirat dan tersurat. Tetapi officialy Negaraku mesti dinyanyikan dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan! 

"Rakyat Singapura tetap nyanyi dalam bahasa Melayu walaupun mereka tidak faham ertinya," tweet baginda. 


About Cite Malaya

Powered by Blogger.