Loading...
TR

'Anak ni tertidur nyenyak sampai tak sedar air hujan membasahi tubuhnya..' - Budak lari dari rumah, tak tahan dipukul ibu bapanya


Gambar seorang kanak-kanak lelaki tidur dalam kebasahan tular di media sosial. Apa yang lebih menyayat hati, kisah di sebaliknya. 

Menurut sumber, kejadian ini berlaku di Kalimantan Barat, Indonesia. Kanak-kanak yang tidak diketahui namanya ini melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dianiaya oleh ibu bapanya. Disebabkan tiada tempat berlindung, dia terpaksa menumpang tidur di depan sebuah premis.

"Anak ini tertidur nyenyak sehingga dia tidak menyedari air hujan membasahi tubuhnya. Selepas dibangunkan oleh orang yang mengambil gambarnya, dia memberitahu yang dia lari dari rumah kerana selalu dipukul oleh ibu dan ayahnya. 


"Lihat saja budak ini sudah tahu dia anak yang baik kerana dia tahu yang tempat itu kotor tetapi dia masih menanggalkan seliparnya," kata sumber. 



Difahamkan, selepas gambar itu viral, ada pihak yang datang membantu kanak-kanak itu.

"Tetapi sekarang Alhamdulillah dia sudah dibantu oleh seseorang semasa dia berada di balai polis." 

Sementara itu, netizen berharap pihak berkenaan tidak menghantar kanak-kanak itu pulang ke pangkuan keluarganya. Sebaliknya, mereka menyaran dia dihantar kepada saudara mara yang mampu membela dia. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.