Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.30 pagi Jumaat lalu berdekatan dengan Giant Plentong, mangsa yang hamil tujuh bulan dimaki hamun oleh lelaki terbabit yang tidak berpuas hati dengannnya dan sanggup memberhentikan kereta di tengah jalan yang sibuk semata-mata mahu memarahi mangsa.
Berdasarkan video tersebut, mangsa pada awalnya mahu beralah dan mengiakan saja dakwaan lelaki itu kononnya dia bersalah. Namun dek makiannya yang bertubi-tubi menyebabkan mangsa kembali menyoalnya dengan soalan maut.
Mangsa: "Sekarang, you bagi signal tak?"
Krik.. krik.. krik...
Suspek: "Okey, saya tak ada bagi signal la, saya salah. Tapi you sudah tau I nak keluar kan?!"
Mangsa: "I tak tau you urgent maa" katanya sebelum beredar.
Di kesempatan itu, mangsa menghubungi kenalannya untuk meminta bantuan sambil menangis-nangis. Dalam masa yang sama, pemandu itu memberhentikan lagi kenderaannya dan keluar untuk merakam gambar mangsa dan keretanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 26 tahun itu di Balai Polis Johor Jaya, Jumaat lalu.
Bertindak di atas laporan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.
Suspek yang berusia 27 tahun telah ditahan tengah hari semalam untuk siasatan lanjut.
Sumber: Harian Metro