Individu yang memuat naik video itu, Wan Mohd Amirul, 24, berkata, kejadian itu berlaku kepada rakannya pada jam 5 pagi semalam dan menegaskan dia hanya berniat memberi peringatan kepada orang lain agar lebih berhati-hati apabila makan di luar.
"Rasanya mee segera tiada masalah, cuma ulat dari ayam yang dipercayai sudah beberapa hari. Nasib baik dia belum sempat menjamah hidangan itu.
"Rakan sudah memaklumkan kepada orang kedai berkenaan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana peniaga tidak mementingkan kebersihan makanan," katanya memetik laporan dari Harian Metro semalam.
Tinjauan mendapati, premis tersebut sudah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa selama 14 hari bermula jam 4.30 petang semalam.
Sumber: Harian Metro