Loading...
TR

(Video) Kantoi tampar anak, bapa mangsa lempang, tumbuk & tendang guru pusat asuhan


20 November lalu, seorang bapa menghantar anak perempuannya ke sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Loudi, China.

Seperti ibu bapa yang lain, Li bercadang untuk berada di perkarangan pusat asuhan itu seketika bagi memastikan anaknya tidak meragam atau menangis. Li juga menonton aktiviti dalam kelas itu dari monitor kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran. 

Sangkaan anaknya gembira bermain dengan kanak-kanak lain meleset apabila Li ternampak anaknya dikasari oleh salah seorang kakitangan di pusat tersebut. 

Berdasarkan video CCTV menunjukkan, guru terbabit cuba memasang apron pada kanak-kanak itu tetapi ditolak. Guru itu kemudian mengambil dan menghayun rotan di depannya agar anak Li akur dengan arahannya, malangnya cara itu tidak berkesan.

Anak Li diletakkan di atas pangkuan seorang lagi wanita sementara guru berkenaan menyarung apron di kepala mangsa lalu mengoncangnya dengan sekuat hati. Selain itu, mangsa juga ditampar oleh guru terbabit.

Terkejut melihat kejadian itu, Li terus bergegas masuk ke dalam kelas itu dan menampar, menumbuk dan menendang guru terbabit yang dikenali sebagai Hu,  di hadapan kanak-kanak lain. 


Li berkata, dia bertindak sedemikian kerana guru itu mengasari anaknya, malah enggan meminta maaf di atas perbuatannya itu. 

"Dia tidak mahu minta maaf. Dia tidak peduli kalau dia hilang pekerjaan. Sikap dia langsung tidak dapat diterima. Saya akan bertanggungjawab di atas perbuatan saya sendiri, tetapi guru itu yang jelas mendera kanak-kanak juga patut ditahan," katanya. 

Ekoran kejadian itu, Hu dipecat dari pusat asuhan itu dan dikenakan hukuman penjara selama 12 hari dan denda RM269. Biro pendidikan juga akan mempertimbangkan untuk membatalkan kelayakannya untuk mendidikan. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.