Loading...
TR

Tak puas hati ditegur bising jam 3.40 pagi, 3 lelaki rosakkan kereta jiran


Tak puas hati ditegur kerana membuat bising pada waktu lewat malam, jiran tergamak merosakkan kereta milik pengadu dalam kejadian yang berlaku di Taman Damai, Klang, pada 3 November lalu. 

Menurut Ahmad Kamal Ismail, 27, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 3.40 pagi di mana dia bersama isteri dan anak perempuannya berusia 4 tahun sedang tidur. 

Namun, keluarga itu terjaga kerana jiran memasang radio terlalu kuat dan bermain mercun sehingga memasuki kawasan rumah dan terkena pada kereta. 

"Saya cuba menegur jiran supaya perlahankan bunyi radio, namun mereka tidak mengendahkan permintaan saya dengan memberi alasan sedang mengadakan majlis makan-makan. 

"Tiga lelaki bertindak memanjat pagar rumah untuk ajak bergaduh menyebabkan isteri dan anak saya ketakutan kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini kepada saya," katanya. 

Ekoran kejadian itu, anak dan isterinya trauma dan terpaksa menumpang di rumah adiknya sehingga keadaan kembali tenang. 

Ahmad menjelaskan, dia kesal dengan tindakan jiran terbabit yang tidak mempunyai sikap bertimbang rasa. Selama ini dia tidak pernah menghalang mana-mana jirannya yang mahu mengadakan majlis keramaian, tetapi perlu juga ada hadnya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh kejadian itu dan pihaknya telah menahan tiga lelaki berusia 21 hingga 24 tahun. Semua suspek direman selama empat hari.

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.