Loading...
TR

Rakam & tampal gambar penduduk flat yang gemar buang sampah kepada umum sebagai hukuman


Tinggal di rumah flat (termasuk PPR), pangsapuri dan yang sewaktu dengannya sentiasa berdepan dengan masalah kebersihan terutamanya adanya penduduk yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah membuang sampah di tangga, depan lif dan lain-lain. 

Masalah yang sentiasa berlaku tanpa ada jalan penyelesaiannya ini menimbulkan rasa kurang selesa penduduk lain.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) baru-baru ini bercadang untuk memulakan gerakan mengambil gambar dan memaparkan gambar individu yang gemar membuang sampah kepada umum sebagai pengajaran. 

Menteri KPKT, Zuraida Kamarudin berkata, gerakan itu akan dimulakan selepas pelancaran 'Saya Berani Menegur' pada bulan depan. 

"Kami bercadang menggerakan usaha mengambil gambar dan memaparkan tabiat pengotor segelintir penduduk, kemudian ditampal di kawasan tumpuan penduduk termasuk di papan notis PPR.

"Kami akan menggerakan anggota bomba komuniti dan sukarela. Malah penduduk boleh ambil gambar golongan degil ini dan paparkan tabiat mereka membuang sampah merata-rata," katanya. 

Pelaksanaan itu kelak dijangka akan dapat membantu meningkat kesedaran komuniti mengenai pentingnya menjaga kebersihan di kawasan kediaman. 

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.