Seorang lelaki pedofilia yang dihukum penjara 17 tahun kerana mendera bayi dan kanak-kanak ditemui mati dalam penjara.
Jared Perry ditemui mati pada 3 November ketika ditahan di Parc Prison, Bridgend, Wales.
Difahamkan, Perry dipenjara pada Januari lalu selepas mengaku bersalah di atas tuduhan melakukan serangan seksual pada kanak-kanak (mangsa cuba membunuh dirinya dan kemudian meninggal dunia di hospital).
Pengarah penjara berkenaan, Ian Coles berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu.
Terdahulu, Perry didakwa melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak lelaki dan perempuan, termasuk bayi berusia enam bulan.
Perbuatan Perry itu terbongkar selepas dia datang ke balai polis dan meminta untuk bercakap dengan pegawai yang bertugas. Dalam tujuh sesi soal siasat, Perry mendedahkan apa yang dia telah lakukan.
Perry dibesarkan dalam persekitaran keagamaan yang ketat dan sejak dari kecil lagi dia menonton video yang tidak senonoh (dewasa) yang kemudian menjadi ketagih. Lama-kelamaan dia mula membayangkan imej kanak-kanak kecil. Selain itu, Perry juga terjebak dengan penyalahgunaan dadah.
Di mahkamah, Perry mengaku bersalah di atas 10 pertuduhan iaitu melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur 13 tahun.
Sumber: Daily Mail