Loading...
TR

'Kalau anak ramai, kereta pula kecil, nak letak car seat celah mana? Maknya kena duduk atas bumbung?'


Bermula 1 Januari depan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan. Rentetan dari pengumuman itu, pelbagai rungutan dan keluhan ibu bapa mengenai isu tersebut.

Wanita ini antaranya yang meluahkan rasa mengenai situasi ini. Melalui perkongsian di Facebook, wanita ini berkata terdapat banyak faktor yang membuatkan dirinya tidak bersetuju dengan peraturan tersebut. Antaranya, bebanan kos yang bakal ditanggung dengan jumlah anak yang ramai. Selain itu juga, faktor jenis kenderaan turut menjadi isu. 

SAYA kena kecam katanya saya tak sayang anak sebab tu anti "car seat.” Bercakap pakai air liur tak kena bayar sebab tu ramai yang senang ja bercakap. Dia anak seorang so dia kata "nak seribu daya tak nak seribu dalih.” 

Saya bukan anti car seat. Anak saya yang baby pun saya letakkan dalam car seat ya. Cuma saya terkesan dekat sini bila peraturan car seat ni diwajibkan pada 1 Januari 2020. Faham tak 1 Januari tu apa???

Time tu la ibu bapa berikat perut nak sediakan pakaian baru kasut baru beg sekolah baru untuk anak-anak sekolah, yuran sekolah lagi. Anak seorang bolehlah cakap. Ala banyak mana sangat. Habis kalau dah 3, 4, 5 orang anak yang sekolah macam mana??

Car seat murah?? Dah tak payah post beli kat sini murah sana murah. Murahlah kalau anak seorang. Kalau ikutkan piawaian yang sesuai paling murah car seat yang diluluskan RM250-RM 300 x 3 orang dah brapa? Itu belum ambil kira had umur yang ditetapkan lagi. Akak ni nasiblah tinggi 150 cm kalau rendah sikit rasanya dengan akak-akak kena pakai car seat (cuba korang bayangkan akak dalam car seat).

So tolong masuk group car seat ya. Itu baru untuk seorang anak. Kalau dah ramai anak macam mana nak sediakan benda-benda tu dalam 1 masa???

Ini masuk bab kereta pula. Anak 3-4-5 orang ni macam mana?? Kalau dah pakai kereta kecil, nak letak mana car seat tu? Atas bumbung kereta kah? Nak balik kampung bapak bawa anak-anak naik kereta. Mak kena naik bas dengan anak yang lain sebab tak muat lepas letak car seat (dalam bas pun wajib ada car seat sebab banyak juga kemalangan melibatkan bas) Tu tiket bas sapa nak belikan?? Kena keluarkan kos lagi.


Penyelesaiannya kena beli kereta besarlah ye. Macam orang tu komen semalam boleh upgrade van second. Wah! Hebatnya kamu, yakinnya kamu. Kalau bulan-bulan awak yang bayarkan. Aishhh tak ada hallah. Hari ni kita deal van baru ok, siap ada yang komen nak keluar tinggal anak yang besar-besar kat rumah. Aihhh kalau dah semua kecik-kecik macam mana? Hahaha. Kalau tinggalkan anak kat rumah, dijamin diorang selamat tak ada apa-apa berlaku senanglah kan. Ke kau nak tolong ngasuh anak akak?? 

Tahun depan balik kampung nak pergi mana-mana mak abah adik tak boleh tumpang dah sebab kereta penuh car seat. Jadi orang kedekutlah kita tahun depan ye. 

Tolonglah, jangan bercakap ikut sedap mulut seolah-olah kami ni mak bapak yang tak sayang nyawa anak. Cuma pertimbangkanlah keadaan rakyat yang tak berkemampuan ni. Pandang dari sudut lain sama. Ni kalau ada yang kecam lagi lantak kaulah ye. Aku luahkan apa yang aku rasa.

"Buat yang nak beli preloved, car seat pun ada tarikh luput, sila cek" 

#ibuanak6
#wirajepun

About Cite Malaya

Powered by Blogger.