Loading...
TR

Isteri boros tuntut cerai, suami nekad bakar diri


Seorang lelaki berusia 32 tahun nekad membakar dirinya kerana mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya yang terdahulu menuntut cerai.

Pegawai polis unit siasatan jenayah, Budi Setyanta berkata, kejadian itu berlaku pada 18 November 2019 di rumah mangsa di Kecamatan Cipayung, Jakarta Timur. 

"Mangsa mengalami masalah rumah tangga dan isterinya menuntut cerai. Mereka sudah tidak tinggal bersama sejak dua bulan lalu. 

"Namun oleh kerana mangsa tidak mahu bercerai kerana mahu membuktikan bahawa dia masih sayang anak dan isterinya," katanya. 

Jelas Budi, masalah yang dimaksudkan itu adalah masalah kewangan di mana mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan rendah.

Isteri mangsa dikatakan kerap berbelanja melebihi kemampuan diri dan disebabkan hal itu, mereka kerap bertengkar. 

"Mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan. Isterinya dan keluarga pula hidup terlalu mewah," katanya. 

Semasa kejadian, polis telah dimaklumkan oleh orang awam yang kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan cuba memujuk mangsa agar tidak bertindak bodoh. 

Namun, mangsa tidak mempedulikan itu semua lalu menyimbah dirinya dengan minyak. Polis cuba merampas pemetik api dari tangannya tetapi gagal berbuat demikian. 

Seluruh badan mangsa dijilat api dan polis cuba memadam api itu dengan menggunakan kain dan air sebelum membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. 

Mangsa yang melecur 51 peratus badannya kini sedang menjalani rawatan di hsopital. 

"Mangsa melecur di bahagian muka, tangan dan sebahagian besar di badannya kira-kira 51 peratus," katanya lagi. 

Sumber: Kompas

About Cite Malaya

Powered by Blogger.