Menurut pengadu, yang berkongsi pengalamannya itu di Facebook berkata, tiga minggu yang lalu pihaknya telah membuat pembayaran penuh untuk lima buah bilik di hotel tersebut melalui aplikasi Agoda.
Malangnya, apabila mereka tiba, pihak hotel tidak membenarkan mereka daftar masuk tanpa sebab-sebab yang tidak diketetahui.
"Lima bilik dah bayar penuh tiga minggu yang lepas. Dan hari ini tak boleh check in, dan sungguh kurang ajar.
"Cakap nak cari gaduh dan berdiri dekat-dekat dengan kita. Malah kami disentuh, ditolak dan dihalaunya kami.
"Soalan yang ditujukan kenapa tidak boleh check in tidak berjawab dan dengan gahnya pihak hotel meminta pelanggan untuk menghubungi Agoda terus. (Check Google review customers dulu ye).
"Inilah satu-satu hotel yang mommies pernah tempuh. Dah bayar, tapi tak boleh check ini dan alasan tidak munasabah serta kurang ajar dengan kedua orang tua mommies dan adik saya yang sarat mengandung," tulisnya di Facebook.
Pengadu juga berkata, dia telah membuat laporan polis dan menyarankan orang ramai tidak menginap di hotel tersebut.
"So geng-geng di Banting, kalau nak minta saudara mara datang bermalam, carilah di tempat lain. Yes, tempat dia strategik di tengah pekan Banting tetapi inilah dia yang kami dapat.
"Mommies baru je check in di Dorsett Putrajaya minggu lepas. Happy-happy je, pihak hotel siap offer baby cot lagi berbanding hotel bajet yang dia punya tocang lain macam," katanya.
Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya kedua-dua pihak mengambil pendekatan untuk berbincang dengan baik. Apa pun, kejadian pun telah berlaku dan semoga menjadi pengajaran kepada kedua-dua belah pihak.