"Tiada sesiapa pun yang sedar," kata mangsa yang mendakwa rumah mereka dipecah masuk oleh suspek dalam kejadian baru-baru ini.
Menurut Fatien Abdul, kediaman mereka dipecah masuk pada malam Jumaat dan kesemua penghuni rumah itu kehilangan telefon bimbit.
Tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku, namun mangsa mendakwa kejadian itu didalangi oleh warga asing yang menggunakan taktik pukau dan menggunakan minyak dagu seperti yang dimaklumkan oleh bapa rakan serumahnya.
MY EXPERIENCE MALAM JUMAAT
Malam itu rasa mengantuk lain macam. Baru pukul 10 malam. Ada housemate pergi sidai baju di luar malam-malam, buka pintu terbiar luas. Roommate aku pula bawa laptop keluar, cadang nak buat kerja. Eh baru on tak sampai dua minit, dia off balik. Bila tanya, "Dah siap ke kerja?". Dia cakap, "Tak jadilah, mengantuk!". Pelik.
Aku pula di dalam bilik je. Ketuk story (tulis artikel) sebab baru lepas interview. On laptop dan buka tingkap bilik. Lepas 30 minit begitu, terasa mengantuk sangat. Lepas tu semua tidur. Tak tahu apa yang terjadi malam tu.
Sedar-sedar je, roommate kejut dan tanya, "Mana phone you Fat?".
Dalam keadaan separuh sedar, cari kat mana phone. Damn! My phone hilang! Iman (roommate) cakap phone dia pun hilang. Dia cakap pintu rumah terbuka dan tak berkunci. Bila check, mangga bersepah kat lantai. Tingkap dan pintu kena kopek.
Kejut semua housemates, phone masing-masing hilang. Purse, cash, kad bank, kad access company, phone company, license, MyKad semuanya hilang!
Perkara pertama yang kita buat, call talian 999. (Roommate ada dua phone dan suspek ambil satu dan satu lagi mungkin dia tak nampak. Alhamdulillah). Then kitorang call minta sambungkan ke balai polis terdekat. Tak sampai 30 minit, polis datang. Masuk je ke rumah dia tanya, "Semua tak sedar? Sah, ni kerja I***n! Kamu semua kena pukau?"
Allah, luruh jantung rasa.
Selepas itu, polis minta kitorang pergi ke balai polis terdekat untuk buat laporan berkaitan kerugian.
Selepas selesai buat laporan, diorang minta kitorang pergi ke Balai Polis Mutiara Damansara pula untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat untuk ambil detail.
Selesai, pegawai itu meminta kitorang balik, tunggu di rumah dan jangan sentuh apa-apa sebab dalam sejam dia akan datang untuk mengambil cap jari dan ambil gambar keadaan rumah.
Okey, settle pasal polis.
Bayangkan that guy pecahkan pintu, gril, mangga, semua orang tak dengar! Aku pula stay kat bilik master which is paling dekat dengan pintu dan langsung tak dengar. Yang paling menakutkan, that guy masuk setiap bilik seorang-seorang dan kitorang sekali lagi tak sedar! Mustahil sangat.
Bayangkan lagi kalau masa itu dia buat yang bukan-bukan? Rogol? Raba? Siapa tahu kan?? Dan yang paling scary, bila seorang roommate ini panggil ayah dia datang cucikan rumah,
"Setiap bilik, katil, pintu bilik dan pintu rumah kamu dicalit minyak dagu!"
Ayah roommate cakap, minyak dagu bukan sahaja untuk buatkan kita sukakan someone. Tetapi digunakan untuk tujuan lain, mungkin untuk sihir? Dan mungkin sebagai tanda untuk mudahkan dia datang lagi. Girls out there, tolong jaga diri!
Last, ayah roommate cakap, dia pukau melalui angin dan sebenarnya dia dah try lama. Kebetulan malam itu malam Jumaat, jadi ilmu dia menjadi! Ingat tak malam itu kan ada roommate keluar sidai baju dan pintu dibuka luas. Meanwhile aku buka tingkap bilik, ketuk story. So yah..
Sumber: Fatien Abdul