Loading...
TR

Bayi lemas, terjatuh dari celah dinding rumah plywood yang rosak


Malang tak berbau, seorang bayi perempuan yang baru berusia 20 bulan dilaporkan lemas selepas terjatuh dari rumahnya di perkampungan atas air di Kampung Sebor Baru, Labuan, malam semalam. 

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, Nor Saidah Abdul Said, dipercayai terjatuh ke dalam air melalui celah dinding rumahnya yang rosak. 

Mangsa dipercayai merangkak sebelum terjatuh melalui dinding rumah. 

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, mangsa meninggal dunia akibat lemas. 

"Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, bayi itu dipercayai terjatuh ke dalam air melalui celah dinding papan rumah diperbuat daripada papan lapis di bilik tidur. 

"Keadaan rumah berkenaan sudah uzur dan dindingnya mudah ditolak kerana tidak berpaku.

"Punca kematian mangsa dipercayai akibat lemas iaitu paru-paru mangsa dimasuki air dan mengganggu sistem pernafasannya," katanya. 

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.