Para pemilik kenderaan selalu diingatkan untuk tidak meninggalkan sebarang benda berharga di dalam kereta kerana ada saja penjenayah yang menunggu peluang untuk merembat barang-barang tersebut. Tetapi siapa sangka, kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) juga menjadi sasaran penjenayah.
Terbaru, seorang ibu meluahkan rasa kecewanya apabila car seat yang baru dibeli dan digunakan anaknya tiga bulan, dirembat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Anis Jasmani, kejadian itu berlaku di kawasan tempat letak kereta AEON Bukit Indah, Johor Bahru,
"Sabar je lah. Sesiapa yang ada terjumpa orang yang tiba-tiba jual preloved car seat jenama Chicco NextFit berwarna hitam kelabu terutamanya di kawasan Johor Bahrau, inform aku ye.
"Curi barang aku takpe, yang buat aku geram dia curi barang anak aku ni," katanya.
Berdasarkan gambar, suspek dipercayai memecahkan cermin kecil di bahagian pintu penumpang kanan sebelum merembat car seat, radio, tombol gear, smart tag dan vape yang berada di dalam kereta mangsa.
Mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengawal keselamatan dan meminta untuk melihat semula video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tetapi mangsa dimaklumkan kawasan itu tidak dipasang CCTV.
Sumber: Anis Jasmani