Loading...
TR

7 suspek rogol remaja 14 tahun, dibebaskan (sementara) dengan jaminan polis & dibenarkan ambil peperiksaan SPM


Tujuh pelajar berusia 17 tahun yang disyaki terbabit dalam kes rogol seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di daerah Tawau, Sabah, ditahan reman selama tiga hari, Jumaat lalu 15 November 2019.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, tujuh suspek ditahan susulan ibu mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.30 petang pada hari kejadian. 

Berdasarkan laporan, mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel dan menangis di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan oleh gurunya pada jam 11 pagi. 

Menurut mangsa, dua daripada suspek merogolnya, sementara yang lain memaksa mangsa melakukan oral seksa terhadap mereka. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 375B/377A Kanun Keseksaan kerana merogol. 

Bagaimanapun, tujuh suspek terbabit dibebaskan dengan jaminan polis bagi membolehkan mereka mengambil peperiksaan SPM. 

Peter Umbuas berkata, pihaknya menyelesaikan siasatan kes berkenaan dan tidak berhasrat melanjutkan tempoh reman tujuh suspek terbabit yang akan tamat esok (18 November 2019). 

"Polis juga mengambil kira kesemua mereka ini terlibat dengan peperiksaan SPM tahun ini. Kami akan bebaskan mereka dengan jamin polis dahulu. 

"Mangsa juga sudah menjalani rawatan pemeriksaan di hospital," katanya. 

Polis katanya akan menyiapkan kertas siasatan dan jika terdapat bukti kukuh, pertuduhan akan dilaksanakan di mahkamah pada satu tarikh yang ditetapkan selepas peperiksaan SPM tamat. 

Bagaimanapun, netizen tidak berpuas hati dengan pembebasan sementara suspek kerana suspek bukan sahaja merogol mangsa, malah menghancurkan masa depan remaja perempuan itu. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.