Loading...
TR

'2 kali je suami minum, Alhamdulillah pulih..' - Wanita ini kongsikan petua suami sembuh sepenuhnya dari denggi


Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypt yang telah dijangkiti. Sehingga hari ini, masih tiada rawatan khas untuk demam denggi tetapi pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami beberapa simptom demam denggi.

Jika sebelum ini, ada beberapa petua yang dihebahkan membantu menaikkan bacaan platlet. Antaranya, sup ketam, minuman isotonic, pucuk betik dan sebagainya. Tetapi, perkongsian oleh wanita ini pula berbeza. Wanita ini mendapat petua tersebut melalui seorang kawan yang berbangsa India.

Katanya, ubi bit atau beetroot dapat menaikkan platlet. Hasilnya, di dalam masa dua hari, bacaan platlet suaminya naik. Perkongsian dari wanita itu mendapat perhatian netizen sehingga mendapat 7.6 ribu perkongsian di dalam Facebook.

“ALHAMUDILLAH syukur pada Allah, suami sembuh sepenuhnya dari denggi. Platlet naik banyak. Selain jus pucuk betik dan sup ketam, akak dapat petua dari kawan India yang niaga kat pasar, Sanggup dia belikan suruh buat untuk suami, mulia sungguh hatinya. Thanks Kali.

"Katanya dua hari konfirm platlet naik, memang betul mujarab. Allah beri penawarnya. Akak tak tahu apa nama buah tu sebab dia pun tak tahu nama apa. Sedap rasanya. Dua kali aje suami minum, Alhamdulilah, syukur. Terima kasih, Allah..." 



Ubi bit dikatakan kaya dengan karbohidrat dalam bentuk gula dengan sedikit kandungan protein dan lemak yang mudah menjadi energi serta zat besi yang membantu darah mengangkut okisgen ke otak. Antara lain khasiat ubi bit ini adalah mengatasi tekanan darah tinggi dan menyihatkan jantung.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.