Loading...
TR

Skim Air Percuma hanya untuk penduduk berpendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah mulai Mac 2020


Bermula 1 Mac 2020, hanya penduduk yang berpendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah layak menikmati Skim Pemberian Air Percuma yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor. 

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, DUN Selangor telah meluluskan agar penjajaran semula Program Pemberian Air Percuma pada 23 November lalu bagi mencapai matlamat sebenar meringankan beban kumpulan sasar yang memerlukan dan layak. 

Keputusan itu juga diambil berdasarkan faktor peningkatan jumlah penduduk yang memberi kesan kepada jumlah kewangan dibelanjakan bagi menampung subsidi bantuan tersebut.

Sebanyak RM1.8 bilion sudah dibelanjakan bagi melaksana Program Pemberian Air Percuma setakat 31 Disember 2018, manakala sepanjang 2019 pula, kos pelaksanaannya terus meningkat sehingga mencecah RM220 juta. 

Bagi pengguna di pangsapuri kos rendah yang memiliki meter pukal, syarat kelayakannya juga adalah sama tetapi mereka perlu mendapatkan pengesahan daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC). 

Setiap pemohon hanya layak untuk satu akaun air atau premis sahaja. 

Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan akan bermula pada 30 September sehingga 31 Disember ini bagi mengemas kini semua data pemohon serta pengesahan pemohon yang layak melalui semakan silang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurutnya, proses semakan pula hanya akan bermula selepas tarikh tutup permohonan dan pemohon akan dimaklumkan berkenaan status permohonan mereka selewat-lewatnya pada penghujung Februari tahun depan.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) https://ift.tt/2lAMDv8 atau mengisi Borang Permohonan Program IPR Skim Air Darul Ehsan.

Borang permohonan yang siap diisi dengan lengkap boleh dihantar melalui emel kepada iprair@airselangor.com atau diserahkan di mana-mana kaunter perkhidmatan pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.