Loading...
TR

Remaja maut ketika guna handphone yang masih dicas


26 September lalu, polis Thailand menerima panggilan dari seorang lelaki yang memaklumkan anak saudaranya, Suthee, 18, ditemui tidak bernyawa di atas katil. 

Ketika ditemui, telefon bimbit berada di bawah badan mayat mangsa dan kabelnya masih bersambung pada soket elektrik (mod cas), yang dipercayai menjadi punca mangsa terkena renjatan elektrik. 

Bibir mangsa kebiruan dan tangan kanannya terletak di atas soket elektrik bersebelah dengan alat pengecas telefon bimbit. 

Menurut bapa saudaranya, dia terdengar bunyi tangisan yang kuat datang dari bilik mangsa pada malam itu tetapi tidak pergi memeriksa keadaannya kerana menyangka anak saudaranya itu bermain permainan video di telefon bimbit seperti biasa. 

Namun apabila dia mahu mengejutkan mangsa pada pagi keesokan harinya, tiada sebarang respon. 

Pegawai Polis, Pol Maj Withoon Phaphonngam kemudian menasihatkan ibu bapa untuk memaklumkan kepada anak-anak akan bahaya menggunakan alat peranti yang sedang dicas. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.