Di kala followers yang lain memuji ketegapan kaki Alisa Aisyah, namun aksi itu ditegur oleh Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menjelaskan perbuatan itu boleh memudaratkan bayi berkenaan.
"Salam Hairul. apa yang awak buat adalah mengunci lutut untuk buat dia berdiri tegak. Ia akan menyebabkan bahagian lututnya bengkok selepas ini jika bayi itu tidak bersedia atau terlalu awal.
"Sebab itu bayi hanya akan bersedia untuk berdiri dengan sendiri apabila otot dan tulangnya sudah cukup kuat," katanya.
Ada yang tidak sempat membaca komen itu kemudian bertanya secara terus di Instagram Dr Sheikh Muszaphar yang kemudian menjelaskan:
"Saya bimbang melihat dia buat anak dia berdiri seperti itu apabila anaknya masih belum cukup kuat. Ia mungkin akan menyebabkan lutut menjadi bengkok selepas ini.
"Tekanan yang tidak sepatutnya berlaku di bahagian lutut. Sekadar nasihat agar orang ramai tidak melakukan perbuatan itu," katanya.
Semakan di Instagram Hairul mendapati, video itu masih tidak dipadamkan.
Sumber: Instagram Hairul Azreen, Dr Sheikh Muzaphar