Loading...
TR

'Isteri tak tahu saya buat begini' - Bapa tampil mohon maaf paksa anak mengemis, akan serah diri kepada polis


Susulan viral gambar seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa dipaksa mengemis di Uptown Perda baru-baru ini, bapa kepada kanak-kanak itu tampil memberi penjelasan. 

Aepool Kojack memohon maaf di atas tindakannya itu dan mengakui perbuatannya itu salah. Malah dia bersedia menerima tindakan undang-undang. 

"Saya memohon maaf dengan tindakan saya dan mengakui kesalahan saya. Saya sedia menerima tindakan undang-undang. Saya akan ke balai polis untuk serah diri. 

"Isteri saya tidak tahu menahu tentang tindakan saya ini. Saya hanya beritahu mahu meminta bantuan di masjid. Saya berjanji tidak akan melakukannya lagi," katanya. 

Kelmarin, viral di media sosial anak kedua Aepool duduk dalam stroller sambil mengemis, mengundang kemarahan netizen yang mendakwa lelaki itu mempergunakan anak kecilnya untuk mendapatkan simpati orang awam. 

Tetapi Aepool berkata, dia hanya meninggalkan anaknya itu seketika, sementara dia pergi menghantar anak sulungnya yang meragam di kereta. 

"Saya ke kereta untuk menguruskan anak saya lagi seorang. Di sini ingin dinyatakan kami sudah cuba sedaya upaya mencari sumber kewangan untuk membayar hutang Ah Long. Sebelum itu kami sudah pergi ke masjid, tetapi tiada orang. 

"Saya mempunyai masalah kebuntuan dan sering membuat keputusan secara terburu-buru. Saya buntu dan tidak berfikir panjang dengan membuat keputusan untuk meminta derma di Uptown Perda. 

"Kebetulan selepas saya letak anak kedua, anak pertama meragam, saya hantar ke kereta. Selepas kembali, saya terus ambil anak kembali ke kereta. Ketika itulah orang sudah mengambil gambar.

"Isteri saya tidak tahu cara saya menyelesaikan masalah ini. Saya sendiri buat keputusan untuk meminta derma kerana buntu dan terdesak. 

"Saya mengakui kesalahan ini dan sebagai bapa dan suami bertanggungjawab dengan tindakan saya yang telah menyakiti orang ramai. Saya dan isteri telah berbincang supaya menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak berkuasa.

"Akhir kata, saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia di atas tindakan saya ini. Semoga menjadi pengajaran untuk saya. Akhir sekali, saya mohon maaf dan akan menyerah diri," katanya. 

Sumber: TTKM

LAPORAN BERKAITAN

About Cite Malaya

Powered by Blogger.