Seorang wanita bertindak melarikan diri dari rumah dengan teman lelakinya kerana tidak berpuas hati suaminya gagal menyediakan telur rebus untuknya setiap hari.
Menurut sumber polis, wanita berkenaan yang menetap di Campierganj, sebelum ini melarikan diri dengan kekasihnya sebelum kembali ke rumah selepas empat bulan kemudian.
Si isteri memberitahu polis dia bertindak demikian kerana suaminya tidak mampu menyediakan telur rebus dan itu membuatkan dia berasa terkilan.
Pasangan itu bergaduh pada Sabtu lalu mengenai isu yang sama dan sekali lagi, si isteri melarikan diri dari rumah. Teman lelakinya juga tidak ditemui di rumahnya, yang dipercayai kedua-duanya telah melarikan diri bersama-sama.
Si suami yang bekerja sebagai pekerja buruh berkata, dia tidak mampu membeli telur setiap hari kerana hanya menerima gaji harian.
Dia juga mendakwa, lelaki perampas itu mengetahui kelemahannya dan mengambil kesempatan dengan membeli telur untuk isterinya setiap hari.
Sumber: Hindustan Times