Loading...
TR

Budak maut, tekaknya dicurah dengan air panas oleh bapanya kerana percaya mangsa dirasuk makhluk halus


Kerana percayakan benda karut, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia selepas tekaknya dicurah dengan air panas oleh bapanya. 

Dalam kejadian yang berlaku di Arizona, Pablo Martinez, 31, ditahan polis ekoran kejadian itu dan mengaku melakukan perbuatan itu di rumahnya untuk mengusir makhluk halus yang merasuk anaknya. 

Pablo mendakwa dia mula mengesan kehadiran makhluk halus itu di dalam badan anaknya seminggu sebelum kejadian itu dan mendakwa dapat melihat makhluk itu semasa anaknya mandi. 

Oleh kerana berasa dirinya bertanggungjawab menghalau makhluk tersebut, dia meniram anaknya dengan air panas selama lima hingga 10 minit. 

BUnyi jeritan mangsa membuatkan isteri Pablo, Romelia Martinez, bergegas ke bilik air untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut apabila mendapati Pablo sedang memegang mangsa di bawah pancuran air panas. 

Romelia terus menghubungi talian kecemasan sementara suspek menyiram air sejuk di badan mangsa dan cuba memberi bantuan pernafasan. 

Mangsa dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia dengan 15 peratus kesan melecur di badannya. 

Sumber: Agensi, Sinar Harian

About Cite Malaya

Powered by Blogger.