Loading...
TR

'Anak pandai, dikahwinkan dengan pemandu lori' - Wanita kesal, ibu bapanya dikutuk orang kampung kerana pilihannya


Jodoh itu rahsia Tuhan. Siapalah kita untuk menidakkan ketentuanNya? Apatah lagi bercakap mengenai pilihan orang?

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi mengenai perkahwinannya dengan pemandu lori dikutuk oleh orang kampung, membuatkan dia berasa kesal dan tidak menyangka sehingga ke hari ini masih ada yang mempunyai mentaliti seperti itu.

"I cikgu, suami I pemandu lori. I degree + master, suami SPM. Hantaran bawah RM10,000. 

"Orang kampung I kutuk mak abah, "Anak pandai, kahwinkan dengan pemandu lori". 

"Makcik, tak hina pun kahwin dengan pemandu lori. Kita ni hamba yang belum tentu mulia di sisi tuhan," tulisnya di Twitter.


Ramai netizen yang bersetuju dengannya dan menyangkal pemikiran 'makcik-makcik bawang' ini kononnya pemandu lori ini satu pekerjaan yang tidak mempunyai masa depan. Sedangkan kerjaya sebagai pemandu lori juga mempunyai pendapatan yang bagus.


Sumber: @AzuraOrkid

About Cite Malaya

Powered by Blogger.