Loading...
TR

(Video) 'Kasarnya sampai berdarah mulut' - Atiff


"Tengok la anjing aku kena tangkap, kasarnya sampai berdarah mulut. Aku marah pun tak pernah," demikian luahan Atiff Aiman yang kesal haiwan itu ditangkap oleh pihak berkuasa. 

Menurut Atiff, anjing itu amat jinak dan sangat menurut arahannya, Malah haiwan itu katanya, tidak pernah mengganggu kejiranan di situ. 


"Okay, anjing ini kena tangkap sebab ada (orang) report. So nampak kena dantang tangkaplah sebab dah ada report.

"Anjing ini tak kacau orang pun. Tapi budak taman ini suka kacau dia semua. Last-last kena kejar. Itulah (ada orang) yang buat report. Tetapi nampak kasar (cara mereka tangkap) sampai berdarah anjing ini," katanya. 


Perkongsian Atiff itu viral di media sosial dan mengundang pelbagai respon netizen yang tidak bersetuju dengan cara pihak berkuasa menangkap haiwan tersebut. 

Mujur ada individu yang sanggup menebus anjing tersebut dengan bayaran RM100 dan akan mengambilnya dari pihak berkuasa di Bukit Ubit hari ini. 

Sumber: Atiff Aiman

About Cite Malaya

Powered by Blogger.