Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari 25 September lalu di pasar raya Hero di Bandar Sri Permaisuri, mangsa didatangi dua suspek yang berpura-pura bertanyakan di mana tandas.
"Sambil bertanya, salah seorang menepuk bahu kawan saya. Dalam keadaan separuh sedar, selepas dia menepuk bahu kawan saya, dia meminta kawan saya menyerahkan tiga bentuk cincin, rantai leher dan wang kepada dia.
"Selepas mangsa memberikan semua barangan itu, dia membawa kawan saya keluar dari pasar raya itu menuju ke keretanya. Di dalam kereta itu ada seorang lelaki yang menunggu.
"Kawan saya disuruh masuk ke dalam kereta. Dia (suspek) minta handphone kawan saya tetapi memandangkan handphone kawan saya tak berapa nak elok, dia tak mahu.
"Setelah itu dia meninggalkan kawan saya di lampu isyarat berhadapan Maybank Bandar Sri Permaisuri. Sebaik ditinggalkan, barulah kawan saya sedar yang dia telah dipukau," kata rakan mangsa.
Namun mangsa yang merupakan warga Indonesia tidak membuat laporan polis. Rakannya berkongsikan kejadian itu agar orang ramai di sekitar kawasan itu berhati-hati.
Sumber: Banturaz Media