Loading...
TR

'Hati-hati park kereta di area Jeti Syahbandar, paip tangki minyak kena potong' - Mangsa


Seorang pemilik kereta mengalami kerugian RM250 akibat perbuatan khianat individu yang tidak bertanggungjawab mencuri petrol keretanya. 

Menurut pengadu, Sofia Delaila, kejadian berlaku sekitar 31 Ogos -2 September dan hanya menyedari kebocoran pada paip ke tangki minyak minggu ini ketika dia sedang mengisi minyak. 

"Kejadian berlaku 31/8 - 2/9 tapi minggu ini baru sedar bila minyak melimpah-limpah semasa mengisi minyak. 


"Kepada sesiapa yang ada plan nak pergi ke Pulau Redang, berhati-hati apabila parking di area Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu. Walaupun berbayar RM30/sehari, ada pak guard jaga, malam-malam orang round, masih ada orang buat khianat. 


"Paip ke tangki minyak kena potong (bawah kereta) sebab orang nak curi minyak petrol kereta. 

"Nissan Service Centre kata, ini kes keenam yang diorang dengar dan semua kereta parking di tempat yang sama. Jadi berhati-hatilah. Terbang RM250 untuk ganti benda setongkol itu. 

"Ganti duit tak apa, tapi kalau kereta meletup disebabkan minyak condenses dan kena spark api, with my two children in the car?? Kat akhiratlah tanggung ye," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.