Seorang lelaki warga Singapura yang dikenali sebagai Basnayake Keith Spencer dipenjara kerana menikam punggung bekas teman wanitanya dengan pisau sepanjang 34 sentimeter.
Menurut laporan Today Online, mangsa, Danielle Joan Pereira, yang merupakan bekas teman wanita suspek terdahulu menyewa sebuah apartment di Icon Village dari 12 hingga 14 September 2018 untuk menyambut parti ulang tahun kelahirannya.
Bagaimanapun, Spencer datang tanpa diundang pada jam 1 pagi 13 September dan dibenarkan masuk oleh Pereira yang mahu bersangka baik dengan kehadiran bekas teman lelakinya itu.
Spencer kemudian pergi ke dapur dan menelan dadah jenis methamphetamine. Tidak lama selepas itu, dia mengambil pisau dapur lalu mendekati Pereira di ruang lalu dan terus menikamnya.
Pereira yang panik cuba berdiri tetapi terjatuh kerana kecederaan yang dialami membuatkan dia menjerit dan meminta semua tetamu yang datang melarikan diri demi keselamatan mereka.
Spencer dengan tenang duduk di sofa dan bercakap dengan mangsa di mana dia menyalahkan mangsa menjadi punca hubungan mereka tidak direstui oleh ibu bapanya.
Suspek kemudian menghubungi pihak berkuasa dan mengakui "Saya dah tikam kawan saya", serta sempat memaklumkan Pereira cedera di bahagian punggung.
Ekoran kejadian itu, mangsa menerima tujuh jahitan untuk lukanya yang sedalam 8 sentimeter, panjang 4 sentimeter.
Sementara itu, Spencer dihantar ke pusat pemulihan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman satu tahun penjara terhadapnya.
Sumber: Today Online