Seorang wanita didakwa di membunuh bayinya berusia setahun dengan menyapu dadah jenis heroin di gusi mangsa dalam cubaan menidurkannya.
Bagaimanapun ketika wajahnya dirakam lensa kamera wartawan, Kimberly Nelligan, 33, menunjukkan isyarat jari tengah.
Berdasarkan pertuduhan, Kimberly didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak perempuannya sebanyak 15 kali dalam tempoh dua bulan yang menyebabkan mangsa meninggal dunia pada 19 Oktober 2018.
Susulan kejadian itu, Kimberly ditahan dan dituduh membahayakan kanak-kanak dan juga memiliki dadah. Namun, Kimberly mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan itu.
Dokumen mahkamah menjelaskan dengan terperinci bagaimana mangsa meninggal dunia akibat diberi dadah tersebut di mana amaun yang sedikit juga boleh menyebabkan keracunan toksik yang teruk.
Pada awalnya tertuduh menafikan dia pernah mengambil heroin tetapi akhirnya mengaku mengambil dadah itu setiap minggu selama dua bulan sebelum kematian anaknya.
Dalam keterangan bapa mangsa kepada polis, dia ternampak suspek menyapu dadah itu di gusi anaknya sebanyak 15 kali. Kimberly juga pernah melakukan perbuatan itu kepada dua orang anaknya yang lain ketika bayi meskipun tiada niat untuk menyakiti mereka.
Kimberly berdepan dengan hukuman penjara setahun dan denda $2,000 kerana membahayakan kanak-kanak. Bagi kesalahan penyalahgunaan dadah, dia berdepan dengan penjara 180 hari dan denda $1,000.
Sumber: Daily Mail