Loading...
TR

(Video) 'Saya panik & tak nak BF tahu' - Remaja campak bayinya dari tingkat 3 selepas tuang racun dalam mulut mangsa


Alangkah kejamnya seorang ibu apabila dia tergamak meracun bayi perempuannya sendiri sebelum dicampak keluar dari tingkat tiga kediamannya tepat ke tempat pembuangan sampah. 

Video dari kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa yang dicampak itu terjatuh di tempat pembuangan tong sampah di sebuah flat di Nonthaburi, Thailand, pada 23 Julai lalu. 

Mangsa ditemui oleh jiran yang kemudian segera menghantarnya ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia selepas beberapa hari kemudian kerana mengalami kecederaan parah. 

Siasatan yang dilakukan pada video CCTV mendapati suspek membuang bungkusan berwarna hitam yang mengandung bayinya dari tingkat tiga. 

Suspek, Aom, berusia 18 tahun ditahan pada Selasa lalu bersama teman lelakinya, Jay, 23, yang melarikan diri ke kawasan berhampiran. 

Pasangan itu dibawa semula ke tempat kejadian di mana suspek diminta melakonkan semula perbuatan kejamnya itu. 



Aom yang tidak mengetahui dirinya hamil mengaku membunuh bayi itu dengan menuang cecair pencuci saluran paip ke dalam mulut mangsa.

Suspek panik selepas melahirkan mangsa dan mahu menyembunyikan bayi itu dari teman lelakinya yang buka bapa kepada mangsa. 

"Saya pergi ke tandas selepas saya rasa sakit perut dan bayi keluar selepas itu dan saya terus panik. 

"Saya tidak mahu teman lelaki saya tahu mengenainya, jadi saya tuang cecair pencuci saluran paip ke muka dan mulutnya sebelum dicampak keluar. Kemudian saya bersihkan kesan-kesan darah di tandas. 

Sementara itu, teman lelaki suspek menafikan terlibat dalam kejadian tersebut, tetap direman yang tidak percaya dengan keterangannya itu. 

"Dia cuma mengarahkan saya membeli tuala wanita dan jangan ganggu dia pada hari kejadian. 

"Selepas saya pulang, bilik dalam keadaan bersih dan saya tidak mencurigai apa-apa," kata teman lelaki suspek. 


Kedua-dua suspek tidak dibenarkan diikat jamin. Suspek utama mengaku bersalah di atas semua pertuduhan tetapi teman lelakinya masih bertegas dia tidak terlibat mahupun bersuhabat membantu teman wanitanya itu. 

Meskipun begitu, pihak berkuasa tetap akan mengambil tindakan terhadap lelaki itu yang dipercayai terlibat. 

Sumber: Daily Mail

About Cite Malaya

Powered by Blogger.