Seorang lelaki di Daerah Meerut, Uttar Pradesh, mahu bercerai kerana isterinya hanya memberi dia makan ladu selepas wanita itu dinasihatkan oleh bomoh untuk berbuat demikian.
Menurut keterangan lelaki itu di mahkamah, bomoh terbabit mengarahkan isterinya hanya memberi empat biji ladu di waktu pagi dan empat biji lagi pada waktu petang. Lelaki itu tidak diberi atau dibenarkan makan makanan lain dalam sepanjang tempoh waktu itu.
Difahamkan pasangan itu telah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai tiga orang anak.
Lelaki itu sebelum ini menderita disebabkan sakit dan isterinya mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat seorang bomoh yang kemudian mengarahkan dia hanya memberi suaminya makan lladu.
Sementara itu, pegawai kaunseling berkata, mereka hanya boleh memanggil pasangan itu untuk menghadiri sesi kaunseling tetapi tidak mampu mengubah kepercayaan si isteri bahawa ladu itu mampu mengubati suaminya.
Sumber: NDTV.COM