Loading...
TR

'Saya jatuh cinta pada pandangan pertama' - Gadis kahwin dengan atok berusia 83 tahun


Baru-baru ini media sosial dihebohkan dengan berita seorang lelaki warga emas berusia 83 tahun bernikah dengan gadis jelita berusia 27 tahun. 

Difahamkan, pernikahan pasangan itu berlaku di Desa Pagerbarang, Tegal, Jawa Tengah, Indonesia. 

Walaupun berbeza usia 56 tahun, pasangan itu mengakui mereka masing-masing saling cinta mencintai. 

Sudirgo, 83, dan isterinya, Nuraeni, 27, baru sahaja bernikah pada 18 Ogos lalu dan perkahwinan mereka itu viral di media sosial dan menjadi bahan bualan netizen. 

Kisah cinta mereka bermula ketika Nuraeni bersama ibu bapanya berkunjung ke rumah Sudirgo yang bekerja sebagai dukun.

"Ketika itu, kedua ibu bapa Nuraeni datang ke rumah saya, meminta saya mendoakan agar usaha mereka beroleh kejayaan. 

"Di ketika itulah pertemuan kali pertama saya dengan Nuraeni," kata Sudirgo. 

Namun siapa sangka dari pertemuan kali pertama itu, Nuraeni rupanya menaruh hati pada Sudirgo lalu mereka berdua mula berhubung setiap hari dan akhirnya Sudirgo tewas lalu mengambil keputusan untuk menikahi Nuraeni. 

Keputusan Sudirgo itu menimbulkan banyak tanda tanya orang ramai termasuk anak-anaknya sendiri. Anak-anak Sudirgo juga meminta Nuraeni bernikah dengan orang lain tetapi oleh kerana cinta itu buta sebuta-butanya, maka hasrat mereka berdua enggak dapat lagi dihalang. (Ya Ampun...

Nuraeni berkata, dia tidak mahu menikahi lelaki lain selain Sudirgo. 

"Saya sudah meminta dia membuat pertimbangan, tetapi Nuraeni tetap mahu bernikah dengan bapa saya. Bahkah dia tidak mahu bernikah dengan lelaki lain, hanya mahu dengan bapa saya sahaja," kata Sutarti, anak Sudirgo. 

Oleh kerana sayangkan bapa, maka anak-anak dan keluarga akur dengan keputusan Sudirgo. 

Sumber: Grid

About Cite Malaya

Powered by Blogger.