Susulan laporan polis seorang wanita hamil yang mendakwa dikasari pemandu Honda Civic JTM****, pemilik kereta itu tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia sedikit pun tidak menyentuh wanita berkenaan.
Shahril Zainal kesal wanita itu bukan sahaja mengaibkannya, malah telah memfitnahnya sehingga dia dimaki hamun oleh netizen di media sosial.
Menurut Shahril, dia hanya meminta wanita itu meletakkan motosikalnya di tempat yang sepatutnya. Tetapi, permintaannya itu dibalas dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.
OKEY, ini cerita sebenar. Saya terpanggil untuk komen. Saya arahkan puan ini untuk masuk parking sebab parking situ dah penuh. Boleh tengok gambar parking dia tengah-tengah.
Dia jawab, "Pergilah cari parking dekat tempat lain la".
Isteri saya pegang baby masa tu, takkan saya nak double park? Motosikal itu masuk je la dekat dalam. Dia bising-bising kat saya. Saya keluar, saya cakap pada dia dengan suara yang tegas.
"Masuk je pun, susah ke?"
Dia melawan, saya pun berbalah. Masa saya nak masuk Family Mart, dia sound.
"Baru pakai Honda dah berlagak."
What?? Kenapa perlu labelkan orang macam tu? Saya pun cakap, "Dah bodoh tu bodoh la. Parking pun tak tahu."
Saya pun beli oden, oden pun takde, habis. Saya keluar, dia tengah ambil gambar kereta saya. Untuk apa ambil gambar? Privacy tu. Nak viral?
Dia tak perasan saya datang, saya jerkah dia sambil tepuk lampu depan dia. Dia mengelabah dan hampir hilang kawalan sebab duduk atas motor.
Saya: "Ko nak buat apa ambil gambar kereta aku?"
Dia: "Nak viralkan,"
Then saya cuba halang sambil cuba mengambil telefon bimbit dia. Walillahi demi nama Allah saya tak ada sentuh pun perempuan ini. Dia terus rakam, then anak dia keluar, dia suruh rakam juga. Saya cakap dengan anak dia, "Suruh parking dalam pun susah ke?"
Dia cakap nak buat report polis, saya jawablah juga, nanti saya pun buat (laporan polis) denga member saya juga. Tapi saya tak rasa benda ini boleh panjang macam ni, siap viral bagai.
Satu nak pesan puan, kalau setakat jatuhkan air muka saya sebab fitnah saya lempang akak, biar Allah yang balas.
Saya cuit puan pun tak, cuma kasar mulut dan jerkah masa nak ambil gambar kereta.
Satu Malaysia tau maki saya. Tanya diri puan dalam-dalam, puas tak hati puan buat cerita macam ni? Puan imbas balik, betul ke saya ada lempang akak masa tu dan tolak akak jatuh?
Sumber: Shahril Zainal
LAPORAN BERKAITAN