Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz menggesa pemimpin UMNO usah sibuk dengan masalah peralihan PM yang sedang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) dan tidak mengkhianati kepercayaan rakyat dengan percubaan untuk menubuhkan kerajaan baru sebelum PRU15.
Nazri berkata demikian ketika media kini tertumpu tentang perjumpaan 'rahsia' di antara Dr Mahathir Mohamad dengan pemimpin pembangkang yang dikatakan menyatakan sokongan agar Perdana Menteri kekal sehingga habis penggal.
Gabungan parti-parti Melayu katanya, tidak akan cukup untuk membentuk kerajaan persekutuan. UMNO dan BN mempunyai 40 kerusi, PAS 18 kerusi dan Bersatu 26 kerusi, jumlah keseluruhannya adalah 84 kerusi, hanya 32 kerusi kurang untuk membentuk majoriti mudah.
Bagaimanapun katanya, sekiranya Azmin Ali dan 15 ahli parlimen PKR lain yang setia bersama Timbalan Presiden PKR itu turut terlibat dalam pakatan seumpamanya, selain sokongan dari Gabungan Parti Sarawak, ia boleh mendapatkan 118 kerusi.
Namun, sekiranya kerajaan dibentuk dengan cara itu, ia diibaratkan seperti mengkhianati rakyat yang mengundi PH kerana pada PRU14, jelas sekali rakyat menolak BN dan mahukan PH untuk lima penggal.
"Rakyat jelas menolak BN dan mahukan PH untuk lima penggal, jangan mainkan rakyat dan hormati keputusan mereka," katanya memetik laporan dari MalaysiaKini.
"Itu masalah mereka (peralihan PN), bukan kita. Kenapa kita jadi penyibuk?" soalnya.
Sumber: MalaysiaKini