Loading...
TR

Pemandu Grab diacu pisau, beg disamun 2 peragut


Seorang pemandu Grab diacu sebilah pisau dan diugut agar menyerahkan segala barangan berharga miliknya dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.30 malam, Sabtu lalu berhampiran Pusat Komuniti Komersial, Bandar Tun Razak, Cheras. 

Mangsa, wanita berusia 31 tahun itu didatangi dua lelaki bermotosikal cuba meragut beg silangnya tetapi tidak berjaya selepas mangsa bergegas masuk ke dalam kereta. 

Suspek kemudian memecahkan cermin kereta dan mengacukan pisau. Mangsa yang ketakutan menyerahkan beg silangnya yang berisi dokumen pengenalan diri, kad kredit, wang tunai RM200 dan dua telefon bimbit. 

Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mokhsein Mohamed Zon berkata, bertindak di atas laporan dibuat mangsa, polis telah menyerbu tiga lelaki yang sedang mencuci motosikal curi di sebuah rumah di Bandar Tun Razak pada jam 2.30 petang Khamis. 

Pemeriksaan lanjut dalam rumah berjaya menahan dua suspek dan polis turut merampas beberapa barang antaranya enam unit telefon bimbit, beg silang milik mangsa, dua bilah parang, kad pengenalan dan lesen mangsa serta wang tunai RM1,500. 

Semakan mendapati, empat daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dengan kes jenayah dan dadah. Ujian saringan air kencing juga mendapati semua suspek berusia lingkungan 27 hingga 31 tahun positif dadah. 

Suspek kini direman seminggu untuk siasatan lanjut. 

Sumber: Sinar Harian

About Cite Malaya

Powered by Blogger.