Di ruangan komen, netizen menyambut baik usaha MPPG dan tidak menafikan bahawa kehadiran burung gagak semakin banyak dan tidak terkawal di kawasan kediaman mereka.
17 Ogos sudah berlalu dan Facebook Kelab Info Malaysia memuat naik hasil tembakan dua individu yan terlibat dalam operasi tersebut.
Apa yang mengejutkan ialah, burung-burung yang ditembak itu bukanlah burung gagak, tetapi burung merpati. Berbeza dengan makluman yang dinyatakan dalam notis 6 Ogos lalu.
"Ini operasi menembak gagak atau merpati? Adakah selepas pencemaran gas yang teruk, pihak MPPG tidak dapat membezakan antara gagak dan merpati? Mohon penjelasan pihak MPPG," tulis admin FB Kelab Info Malaysia.
Semakan di Facebook MPPG juga, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan berhubung gambar-gambar viral tersebut.
Sumber: Kelab Info Malaysia, FB MPPG