Loading...
TR

'Kau play race card sebab nak dapatkan sale? Lemah gila!' - Wanita ini terkejut bila pakcik kedai runcit lempar kata-kata bersifat perkauman


Serba salah berdepan dengan peniaga yang terlalu ekstrim seperti ini. Niat dihati pengadu, dia mahu membantu peniaga kedai runcit bangsa sendiri. Namun dia tidak menyangka, peniaga terbabit tergamak mengungkap kata-kata yang tidak sepatutnya. 

Niat mahu membantu itu terus terpadam, bertukar menjadi geram ekoran bengang dengan kata-kata pakcik berkenaan. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Rezeki itu datang daripadaNya, bukannya dari menghasut pelanggan untuk memboikot peniagaan orang lain. 

NAIK darah aku memalam ni pasal pakcik kedai runcit Melayu. Aku pergi kedai runcit depan rumah nak cari telur Gred A untuk buat kek orang order untuk esok dan cari ice cream coconut walls. 

Tetapi kedai dia hanya ada telur Gred B dan C. Jadi, aku letak dna pergi ke kedai India di sebelah. Tengok kedai India ada telur Gred A, so aku belilah kan. Kedai India itu ada juga ice cream coconut tu. 

Tapi aku rasa bersalah dekat pakcik tu. Dah masuk kedai dia, tapi tak beli apa-apa. So aku decide beli telur kedai India, beli ice cream di kedai Melayu. Then aku pergilah bayar dan terjadilah perbualan pakcik Melayu dengan aku. 

Pakcik: "Tak jadi ke ambil telur?" 

Aku: "Tak." 

Pakcik: "Beli kedai Hindu lah?" (merengus)

Aku: "Ya." 

Pakcik: "Kedai Melayu ada, buat apa pergi kedai Hindu?" 

Aku: (I was like...??) "Saya cari telur Gred A."

Pakcik: "Hindu duk nak bunuh orang Melayu, pergi beli dengan Hindu."

Aku: "Kedai ni takde telur Gred A. Kalau ada takpe la juga."

Aku marah gila sampai tersalah bagi duit dekat dia. Memang nak beredar cepat je. Terkurang seringgit, tak pasal-pasal kena masuk balik nak bagi seringgit. Eww! 

Aku marah sebab:
  1. Aku dah pergi kedai Melayu tu dulu. Dia takde apa yang aku nak. So takkan aku nak beli apa yang aku tak nak kan? Then aku pergilah ke kedai India which they are offering what I need at the time. 
  2. Kau play race card sebab nak dapat sale? Lemah gila Melayu ni.
  3. Kedai Melayu kau ni kotor, berhabuk, unorganised nak compare dengan kedai India yang kemas, dengan pekerja dia yang mesra alam. Pekerja Melayu, muka macam tempoyak masam je. Then still wanna play the race card?
  4. Kau Islam ke bangsa Melayu semata-mata? Tak percaya rezeki itu Allah bagi?

Geramnya aku Ya Allah. Melayu tak Melayu, they better put orang lain dekat kaunter selepas ini. Kalau letak pakcik itu, aku masuk pun aku keluar balik. 

Jangan nak rasa entitled sangat. Tak semua benda revolves around you. Kalau nak, usaha, improve. Kalau semua bumiputera pun dalam Malaysia ini attitude kau masih macam ni, selepas ini kau nak salahkan siapa? Nak salahkan Orang Asli pula? Atau salahkan etnik Sabah, Sarawak?

Tak salah nak sayangkan bangsa dan agama, tetapi jangan melampau-lampau. Agama tak ajar berdengki dengan orang pun. Usaha dan doa. Bergantung pada Tuhan. Kalau Dia kata itu rezeki kau, tak lari. 

Sumber: @Aisyarhan

About Cite Malaya

Powered by Blogger.