Loading...
TR

Budak maut, kakak & ibunya parah selepas terjun dari tingkat 10


Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut, manakala ibu dan kakaknya parah selepas terjun dari tingkat 10 pangsapuri di Taman Kepong, semalam. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.35 petang. 

"Siasatan mendapati, tiga beranak itu terdiri daripada wanita berusia 34 tahun bersama dua anaknya lelaki dan perempuan masing-masing berusia enam dan tujuh tahun. 

"Kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut," katanya. 

Difahamkan, tiga beranak berkenaan bukan penduduk di pangsapuri itu. 

Menurut saksi kejadian, Yew, 37, terdengar bunyi seperti letupan di bahagian peti surat sebelum mendapati tiga beranak berkenaan terbaring tidak sedarkan diri. 

Dia cuba memanggil wanita dewasa itu tetapi tiada sahutan. Apabila dia mendekati mangsa, dia mendapati dua mangsa masih sedar sementara kanak-kanak lelaki kaku tidak bernyawa. 

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri. 

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.