Loading...
TR

'Badan rasa panas, seperti ada berjuta-juta semut gigit badan saya' - Wanita alami ruam teruk selepas kerana tak cukup tidur


Seorang wanita dari Samut Prakan, Thailand, kerap tidur lewat selepas bekerja syif lewat malam mula mengalami ruam teruk di seluruh badannya akibat sistem keimunan badannya tidak seimbang. 

Toq Taeq Kerdmee berkongsi masalah yang menimpanya itu di Facebook dan difahamkan dia mula bekerja syif malam dan tidak dapat mengawal masa tidurnya. 

Adakalanya dia pulang lewat ke rumah lebih kurang jam 3 pagi. Toq juga mengalami insomnia selepas pulang dari kerja yang mana membuatkan dia tidak cukup rehat. 

Keadaan berlarutan selama tiga bulan sehinggalah dia menyedari timbulkan ruam di seluruh badannya. 

"Saya ingatkan kesan merah itu kesan gigitan serangga. Tetapi bila menjelang waktu pagi, ia semakin banyak. 

"Saya pergi berjumpa dengan doktor yang kemudian memaklumkan itu hanyalah kesan gigitan serangga dan diberi ubat anti-radang dan dibenarkan pulang," katanya. 



Namun, keadaan ruam Toq menjadi semakin teruk apabila dia pergi ke parti harijadi rakannya pada waktu petang dan makan makanan laut. Sebaik pulang ke rumah, seluruh badannya penuh dengan kesan melepuh yang membuatkan dia sukar tidur malam. Toq menyangka, ubat yang diberikan doktor masih belum berfungsi sepenuhnya. 

Keesokan pagi, kesan melepuh di badan masih kelihatan dan Toq mula demam. 


Toq pergi berjumpa dengan doktor lain yang kemudian memberitahu dia mengalami kesan alergik pada cecair pelembut pakaian. Doktor itu mengaturkan temujanji untuk Toq berjumpa dengan dermatologi. 

Tetapi ketika dia sedang menunggu temujanji itu, Toq demam sekali lagi dan kesan-kesan melepuh mula timbul di tangan dan kaki. Doktor yang ketiga juga mengesahkan dia mengalami alergik dan diberi suntikan bagi meredakan simptom tersebut. 

Toq pulang ke rumah untuk berehat dan berharap dia dapat pulih dari masalah itu tetapi malam itu keadaannya menjadi semakin teruk.


"Saya tidak dapat pakai baju ketika tidur. Badan terasa panas dan seperti ada berjuta-juta semua yang sedang menggigit badan saya," katanya. 

Toq dibawa ke hospital oleh keluarganya di mana dia sekali lagi demam dan kali ini dengan suhu 40.2 darjah selsius. Mujur badannya memberi respon terhadap rawatan. 

Darah Toq dijangkiti kuman dan dia ditempatkan di bilik berasingan. Menurut doktor, sistem imun badannya terjejas kerana kekurangan tidur. 

Justeru, Toq menasihatkan netizen mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi serta tidak mengabaikan sebarang amaran dari tubuh badan kita. 

"Sekiranya berlaku perubahan yang tidak normal, segera dapatkan rawatan perubatan. Jangan tangguhkan, kerana ia akan menjadi lebih serius nanti," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.