Loading...
TR

3 NGO pro Anwar Ibrahim desak Mahathir undur segera dari jawatan PM


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya pada 9 Mei 2021. 

Menerusi surat terbuka yang ditujukan kepada Tun Dr Mahathir itu, tiga NGO berkenaan menggesa Perdana Menteri dan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) mengambil langkah jelas untuk membawa kestabilan politik negara dengan meletakkan pakej peralihan berdasarkan perjanjian sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

"Bagi memastikan kelancaran peralihan, Anwar perlu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri enam bulan sebelum tarikh ditetapkan.

"Dengan pelan peralihan yang jelas, ini akan memadamkan desas-desus dan teori-teori konspirasi yang dibuat oleh mereka yang ingin mendapatkan laba daripada ketidakstabilan dan perpecahan gabungan PH," kata NGO itu. 

Tiga NGO itu juga berjanji tidak akan menganjurkan himpunan BERSIH 6 bagi menuntut Dr Mahathir mengundurkan diri. 

Sumber: Sinar Harian

About Cite Malaya

Powered by Blogger.