Menurut Amirul, suspek pada awalnya mengajak bertemu di tepi jalan dengan alasan keretanya rosak. Tetapi beberapa minit kemudian suspek datang ke lokasi pertama seperti yang dirancang.
Suspek membelek-belek dua unit telefon bimbit tersebut dan bersetuju untuk membelinya. Namun dia tidak membawa wang tunai yang berada di dalam kereta kerana bimbang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
Adik mangsa nyaris dilanggar ketika cuba menghalang kereta suspek dari meninggalkan kawasan itu.
KEJADIAN kira-kira jam 11 malam semalam (25 Julai 2019). Customer deal nak S10 5G dua unit. Mula-mula dia ajak jumpa di Adda Height. Selepas itu aku kata jauh sangat. Jadi dia beritahu jumpa di depan Hospital Columbia.
Selepas sampai di hospital, tup-tup dia kata kereta dia breakdown. Dia suruh datang ke tempat dia. Allah masih sayangkan aku, mungkin gerak hati ini cakap nak stay sini saja.
Dua minit kemudian dia cakap kereta dia dah okey. Hati terlintas cakap mungkin nak minta nego ni sebab kereta problem.
Masa dia dah sampai, dia parking di luar Hospital Columbia Nusajaya. Aku parking di bahagian dalam. Dia datang kat aku, perempuan musibat ni deal macam biasa nak beli phone. Dia pun belek-belek. Aku sempat juga ambil gambar dia curi-curi sebab rasa tak sedap hati.
Dipendekkan cerita, dia check semua phone okey, dia kata,
"I perempuan, duit dalam kereta. Takutlah nak COD pegang duit banyak-banyak. You boleh hantar I pergi kereta tak?"
"Dalam kereta penuh, anak wife semua dalam kereta." aku kata.
Selepas itu aku rasa blur, dia nak pegang phone bawa pergi ke kereta dia. Aku pesan kat adik aku pergi follow dia ambil duit. Aku pun nak balik, nak bayar tiket parking lagi.
Sampai saja di kereta, dia terus masuk kereta dengan cepat dan terus pecut! Adik aku tak perasan no plat kereta tu, cuma perasan Toyota Corolla dan ramai lelaki dalam kereta itu.
Nasib baik aku dengan family, kalau aku bawa dia atau aku pergi ke tempat kereta dia rosak, confirm aku kena tetak dan sebagainya atau pelbagai perkara yang tidak diingini akan brelaku.
Dah buat laporan polis, gambar dan video bukti dah bagi. Polis tengah siasat dan cari perempuan ini.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu, yang memberi kata-kata semangat. Alhamdulillah tak ada kecederaan ya gberlaku. Tolong sebarkan muka penyangak ini. Mohon seller lain di luar sana berhati-hati bila nak COD. Pastikan urusan dibuat di tempat awam. Sekarang ni macam-macam perkara boleh berlaku.
Sumber: Amirul Nor