Loading...
TR

(Video) 'Geramnya tengok muka, takda rasa bersalah langsung' - Netizen doakan arwah Zulfarhan dapat keadilan sewajarnya


14 Jun lalu, Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Julai (hari ini) untuk mendengar hujahan terakhir bagi kes pendakwaan melibatkan 19 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh dan mencederakan rakan seuniversiti mereka, Zulfarhan Osman Zulkarnain. 

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Amer Hamzah Arshad, Datuk Ranjit Singh Dhillon, A.G. Kalidas, Datuk Hazizah Kassim, Datuk Seri M. Ramachelvam, Azizul Shariman dan Zamri Idrus.

Sementara itu di media sosial, netizen berharap mangsa akan diberi keadilan yang sewajarnya. 








Sumber: Bernama, Santeira

About Cite Malaya

Powered by Blogger.