Mangsa yang masih belum petah bercakap berjalan sambil membawa bantal busuknya ditemui seorang lelaki yang kemudian membawanya pulang ke rumah.
Menurut lelaki berkenaan, kanak-kanak itu berjalan tanpa berselipar sehingga ke jalan besar sebelum ditemuinya.
Bimbang dengan keadaan kanak-kanak itu, lelaki berkenaan berusaha menghantarnya pulang ke rumah sambil bertanya kepada beberapa penduduk di situ di mana rumah kanak-kanak itu.
"Anak siapa entah ni. Mak bapak bodoh sungguh, haramjadah tak tau tengok anak. Kalau kena serang kera berpuluh ekor, orang culik bawa lari, dahlah tiada siapa kat sini.
"Rumah dia di hujung sana tu, dia berjalan sampai jalan besar. Tak ada manusia, tak ada orang langsung jalan ni. Orang tua dok tang mana pun tak tau.
"Ya Allah hai.. tak mau anak bagi kat orang. Usah dilepas lagu tu. Rumah dia hujung, jalan pergi sana sekilo lebih. Budak ni dok teriak atas jalan.
"Kalau dapat kat orang lain, dah kena culik dah budak ni. Mak bapak dok dalam rumah, tak ambil tau pasal anak. Bodoh," katanya.
Selepas tiba di rumah kanak-kanak itu, lelaki itu memaklumkan kepada neneknya mengenai apa yang berlaku membuatkan warga emas itu terkejut.
"Ini anak siapa ni? Kami jumpa dia sampai jalan besar. Kalau dapat kat orang lain, dah kena culik ni, kena langgar lori ke," katanya yang meminta keluarga itu menjaga kanak-kanak itu sebaik mungkin.
Sementara itu di media sosial, netizen bersyukur lelaki itu cepat bertindak menyelamatkan anak kecil itu dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.