Loading...
TR

Tertinggal beg sekolah & disyaki ponteng, ibu paksa anak melutut di atas bara api


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun di Filipina tidak dapat hadir ke sekolah selama beberapa hari selepas dihukum oleh ibunya sehingga menyebabkan kedua-dua lututnya melecur teruk. 

Difahamkan, mangsa, Claire (bukan nama sebenar), dihukum oleh ibunya kerana dituduh ponteng sekolah pada 24 Jun lalu, sedangkan pada hari itu sesi persekolahan ditamatkan lebih awal bagi membolehkan para pelajar pulang bagi menyambut perayaan St. John The Baptist. 

Pada hari kejadian, Claire tertinggal beg di kelas dan merancang untuk mengambiln beg itu kemudian. Malangnya, apabila dia kembali ke kelas pintu sudah dikunci. 

Tiada pilihan lain, Claire terpaksa pulang ke rumah. Kepulangannya itu membuatkan si ibu mengesyaki anaknya ponteng sekolah dan mengarahkan Claire pergi mendapatkan semula beg sekolahnya. 

Akur dengan arahan ibunya, Claire pergi semula ke sekolah tetapi tiada apa yang dapat dilakukan kerana pintu masih berkunci. 

Berang anaknya pulang tanpa membawa beg, si ibu memukul Claire dengan objek keras dan mengambil kayu api yang sedang dibakar di dapur lalu memaksa mangsa melutut di atas bara api. 

Guru kelas mangsa hanya mengetahui kejadian itu selepas pergi melawat Claire di rumahnya pada Jumaat lalu selepas pelajar itu tidak hadir ke sekolah sejak beberapa hari lalu. 

Mengesyaki Claire didera, guru berkenaan terus membuat laporan polis.

Siasatan pihak berkuasa mendapati wanita itu selalu memukul mangsa. Namun pihak berkuasa hanya sekadar memberi amaran dan meminta si ibu menandatangani surat perjanjian agar berhenti mendera anaknya. 

Claire kini dijaga oleh nenek dan datuknya, manakala empat lagi adik beradiknya masih tinggal bersama ibu bapa Claire. 

Sumber: The Star

About Cite Malaya

Powered by Blogger.