Loading...
TR

Remaja hidap masalah mental, hentak kepala di dinding nonstop selepas kerap main handphone tanpa dikawal


Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Zhejiang, China, diberi telefon bimbit pertamanya oleh ibunya tahun ini. 

Hadiah itu diberi dia dapat berhubung dengan ibu bapanya yang kerap sibuk dengan kerja. 

Lapor Oriental Daily, remaja itu bermain telefon bimbit hampir setiap hari tidak kira siang atau malam. 

Namun penggunaan telefon bimbit secara tidak terkawal itu akhirnya memberikan kesan di mana selepas sebulan kemudian, remaja itu sudah mula menunjukkan tanda-tanda tidak waras (masalah mental) dan menghentak kepalanya di dinding tanpa henti. 

Guru kelasnya yang bimbang melihat keadaan pelajar terbabit lalu segera menghubungi ibu bapanya yang tiba di sekolah tidak beberapa lama kemudian, mendapati keadaan anak mereka menjadi semakin teruk. 

Mangsa langsung tidak memberikan respon apabila dipanggil ibunya yang cuba menyedarkan dia. Tanpa membuang masa, mereka segera membawa remaja itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Mangsa ditahan wad selama 28 hari dan dalam tempoh itu keadaannya tidak berubah serta menjadi semakin membimbangkan. 

Remaja itu berkelakuan seperti bayi di mana dia tidak dapat berjalan, bercakap atau menguruskan dirinya sendiri. 

Walaupun setelah dibawa ke Jabatan Neurologi dan Jabatan Rheumatologi, keadaannya masih sama. 

Doktor mendiagnose mangsa menghidap Autoimmune Encephalitis. 

Selepas diberi rawatan, keadaan mangsa akhirnya menunjukkan perubahan positif. Dia sudah mampu untuk bercakap semula. Pada hari keempat, dia mula mengenali ibu bapanya. 12 hari kemudian, kesihatannya semakin baik dan dibenarkan keluar dari hospital. 

Menurut penjelasan doktor, remaja itu menjadi sedemikian kerana kerap bermain telefon bimbit tanpa dikawal sehingga menyebabkannya tidak mendapat rehat yang secukupnya. Akibat dari ketagihan itu membuatkan sistem keimunan mangsa menjadi lembah yang membawa kepada Autoimmune Encephalitis. 

Sumber: Oriental Daily, World of Buzz

About Cite Malaya

Powered by Blogger.