Loading...
TR

'Dia dipaksa mengaku telah bersetubuh dengan Irwan & bersumpah pijak al-Quran'


Empat remaja termasuk suspek pijak al-Quran telah ditahan selepas kakak kepada suspek utama membuat laporan polis berhubung video viral tersebut. 

Menurut sumber, pengadu mengetahui video tersebut viral di WhatsApp ketika dia berada di rumahnya, Tanah Merah kira-kira jam 12 tengah malam. 

Setelah diamati, individu yang memijak al-Quran itu merupakan adiknya, Siti Nor Liana Roslan, 17. Pengadu kemudian menyoal adiknya mengenai video tersebut dan remaja itu menjelaskan dia telah dipaksa berbuat demikian. 

"Dia telah dipaksa oleh rakannya bernama Salnazira, 18, dan Syikin, 18, disebabkan seorang lelaki yang bernama Irwan. Sekiranya dia tidak memijak Al-Quran tersebut, kawannya mengugut supaya Irwan akan membuat sesuatu terhadapnya. 

"Takut dengan ugutan itu, adik pengadu telah memijak al-Quran tersebut," kata sumber. 

Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku pada 13 Julai lalu pada jam 2.30 tengah hari di tepi jalan, berdekatan Jambatan Kusial Lama, Tanah Merah, Kelantan. 

"Siti Nor Liana Roslan telah diugut oleh dua remaja terbabit untuk mengetahui adakah dia pernah melakukan hubungan intim dengan lelaki bernama Irwan. 

"Namun dia telah menafikan. Dua remaja itu kemudian memaksa Siti Nor Liana melakukan sumpah dengan cara memijak al-Quran yang dibawa oleh Shalnazira bagi mengukuhkan penafian tersebut. 

"Bagi menafikan tuduhan, Siti Nor Liana telah bersumpah dengan cara memijak al-Quran tersebut," kata sumber. 

Berdasarkan keterangan dari remaja itu, empat orang terlibat dalam kejadian itu dan kesemua suspek telah ditahan semalam dan awal pagi ini untuk disiasat. 


LAPORAN BERKAITAN

About Cite Malaya

Powered by Blogger.